Actually dah macam2 rawatan cube (cume ni dah mmg lama gila tak pegi berubat / makan ubat kat mana2) Pernah je buat rawatan yang pakai asap tu pastu keluar bende kuning kat muke, pastu penah jugak buat yang kene sedut satu jenis ubat ni pakai hidung lps tu sakit otak giler2 and lps tu ada lendir keluar dari hidung (WTF ..geli siot..nasib baik takde laki hensem melintas dpn aku) and mcm2 ubat tradisional dah makan..
Gatal hidung takyah cakap...smpai mcm nak tercabut la kadang2 kalau garu tu and the worse part is malam2 bila hidung blocked..bayangkan keadaan bile hidung tersumbat tapi takde hingus. Kalau ada boleh la hembus dan bernafas seperti sedia kala...ini tak tau nak buat ape macam ade sebiji batu besar dlm hidung..iee sangat2 tak selesa..dan terpaksa bernafas ikut mulut..penat! Pastu kadang2 terasa mcm kepala terhuyung hayang..adakah ada kaitan tatau la plak.. I've been complaining about this every night and he begged me to go to any pusat rawatan asap..but well, blame his busy schedule..tanak la gi sorang2! takut.. (alasan ke ape nih..)
BAGAIMANA MENGATASI / MENGURANGKAN RESDUNG?
Setakat ini masih tiada ubat untuk menyembuhkan sepenuhnya penyakit resdung. Namun begitu terdapat beberapa rawatan untuk mengurangkannya seperti :
- Kenal pasti dan elakkan makanan yang tidak sesuai dengan anda yang mungkin penyebab kepada resdung.
Elakkan / kurangkan memakan sotong, ketam, ayam, udang, belacan, cencaluk, budu dan sebagainya menurut sensitiviti setiap individu.
- Hindari habuk dan puncanya, seperti karpet.
Pakai penutup hidup jika terdedah kepada keadaan yang kotor dan berhabuk.
- Beberapa kaedah rawatan moden boleh dicuba seperti ubat anti-biotik secara oral, anti-biotik secara nebulised (semburan), terapi IV, ubat-ubatan lain di farmasi, berbagai ubatan herba, pencuci bahagian hidung serta surgeri di bahagian hidung.
- Amalan tradisi semenjak dahulu telah mengenalpasti beberapa jenis herba yang dapat membantu mengatasi atau mengurangi masalah resdung seperti Akar Mengkunyit, Stong Otak, Halban, Pinang , Kayu Manis dan sebagainya.
3 comments:
fiza, try baca nih mcm bagus http://www.biovco.com/index.php?ref=shuk
my wife pon hidung sensitif gak tp ble lg la control.
1. suh dia jgn mkn benda2 yg kalo tetiba hidung rasa gatal (petanda la tu hehe..) n then terus g basuh hidung. pastu jgn pakai apa2 kat muka. kesian tgk hidung dah jd cam badut hehe...
2. kalo kna kat diri sdiri slalunya amik tuala bersih rendam dgn air panas pastu tuam kat muka sampai hilang rasa gatal, stakat cara nih berkesan la ;)
hi wan,
thanks!!
kalau resdung tapi kulit muka licin..kire ok lagi lah....
cuma yg pasti...resdung mmg buatkan RESah hiDUNG... :)
farizpandi
Post a Comment